e-Dakwah

Sampaikan… Walaupun satu ayat…

Bunian

Posted by Saiful di 10 Julai 2010

Oleh : Nasron Sira Rahim

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.

DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.

Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.

Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

Gambar Hiasan

“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.

Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.

“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.

Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.

Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.

FAKTA

– Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

– Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

– Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

– Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

– Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

– Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

– kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

~ hikmatun.wordpress.com ~

8 Respons to “Bunian”

  1. omar said

    sye dr dulu tringin benar mlihat rupa bunian,..klu iblis sye pernah trlihat 2x…dh btahun sye mncube,mgkaji…tp xbrhasil…..puncanyr..sye xpsti samada btul @ x,..sye dikenekn santau oleh org..& sye sendiri pernah mpelajari ilmu putih & ilmu hitam…so,lame-kelamean bende2 tu mule memudaratkan diri sye..da byk tmpat sye cube brubt..kbykkn pgamal prubatan yg sye jumpex sggup utk mmbantu sye..dsbbkan ape yg mereka lihat pd diri sye…so,sye minta sgt,klu bleh berikan la cara @ tunjukkan la cara bagaimane sye mngatasi masalah ini…rumahtgga sye pun turut hancur dsbbkan perkare ni…so please,pd sesiape yg mmpu @ bleh mmbantu sye…pilihan yg sye ade skrg hnylah mmpu berserah dgn penderitaan ni @ trpxse gunakan ilmu hitam…

    • Zaiton Hashim said

      Aslmkm Saudara Omar,saya bersimpati dengan saudara, kalau ada kesudian nak mencuba menyelesaikan masalah ini cubalah berhubung dengan saya..insyaAllah…kita perlu memberi bantuan sekiranya saudara kita memerlukannya

      • AJ said

        Assalamualaikum sdri Zaiton! Apakah sdri ini seorang pengamal perubatan tradisional ? Apakah sdri mampu berinteraksi dgn alam bunian? Sangat menarik sekira sdri. blh berkongsi kebolehan sdri dgn rakan pembaca semua atau blh htr msg ke B sy. Terima kasih.
        Abdul Jalal Ismail

  2. rodinpanji said

    Saya sangat keliru apabila dikatakan Manusia boleh berkahwin dgn Jin. Sebab pertama, Manusia dijadikan daripada unsur tanah, air, api dan angin. Manakala Jin dari Api, angin.
    Malah Allah telah menjadikan semua mahklok berpasangan daripada kaumnya sendiri. Tetapi Jin boleh menculik manusia ke alam jin sebagaimana Rasulullah kita tiba2 hilang dari pandangan sahabat2. Apabila mereka nampak banginda, lalu mereka bertanya kemana Rasulullah menghilang diri. Lalu banginda menjawab, aku dijemput oleh kumpulan jin ke alam mereka untuk mendengar bacaan al Quran.
    Pada pendapat saya, tidak mustahil para jin menculik anak2 kecil manusia ke alam mereka dan jadilah mereka manusia yg disembunyikan. Manusia yg tersembunyi ini akan mencari manusia juga menjadi pasangan mereka….tetapi berada di alam terselindung…..alam bunian………

  3. man teluk piai said

    salam sejahtera………. alam bunian sememangnya ujud didunia ini… jka kita berada dialam bunian selama 3 hari,bersamaan kita berada 1 tahun dialam manusia,jika kita berkahwin dengan orang bunian kita tidak boleh membawa anak serta isteri bunian kita ke alam manusia,ada 2 bunian,islam dan kafir,yang islam ia memakai jubah berwarna hitam,manakala yang islam memakai jubah berwarna putih…..yang kafir ia ada mengucap 2 kalimah shahadah,tetapi bunyinya agak pelik sedikit,tidak seperti yang kita baca…….. wassalam….

  4. what ever said

    What ever !!!! saya pernah jumpa 2 org wanita perpakaian putih ,dan mereka menegur saya kemudian terus hilang,selepas insiden itu sehingga ke hari ini ,saya dapat melihat pelbagai benda pelik sekitar saya,kadang-kadang saya rasa tak boleh terima keadaan seperti ini ,saya rasa ada masalah tidak boleh diterima ,”just can’t accept sometimes “caused saya boleh beritahu nampak certain things,rakan sakit,kemalangan kematian ,bencana ,ect it makes horrible to me caused less on sleeping ,saya hadapi kesukaran utk tidur, saya pernah jumpa ,pakar ,tok guru ect why this happens to me ?there’s no answer for it !! what ever, life must go on ,saya teruskan saja ,buat don’t know ,but it makes worry to.i started to learn my self ,by let it on way.

  5. Zaiton Hashim said

    Kawan2 kemampuan melihat alam ghaib adalah anugerah Allah pada hamba yang dipilihnya.Maka bersyukurlah, sesungguhnya Alah Maha Mengetahui atas segala yang diberinya untuk kita sebagai hambaNya

  6. Jln sufi said

    Kepada whatever..apa yg berlaku keatas yourself ini..adalah salah satu anugerah Allah..so let it be within urself n Cuba kaji blk …dgn istiqamah …insayallah Ada kebaikannya

Tinggalkan komen