e-Dakwah

Sampaikan… Walaupun satu ayat…

Dr MAZA; Mengenai Yasmin Ahmad

Posted by Saiful di 3 Ogos 2009

6731_99287994322_734929322_1882519_4120116_n

Saya enggan mengulas, namun sekadar kenyataan umum untuk semua. Pada saya, hal seperti ini, sesuatu jenazah diurus sebagai seorang lelaki muslim, jika pasti dia seorang benar-benar lelaki asalnya. Namun jika tidak pasti, mungkin dia khunsa atau sebagainya, dan dia telah menjalani hidup sebagai seorang perempuan, maka anggaplah dia sememangnya perempuan. Dengan cara tersebut, kita bersangka baik kepadanya dan tidak ‘tajassus’ atau mencari keburukannya. Kita tidak disuruh untuk menyelak rahsia peribadi insan apa yang tidak zahir atau tidak kita ketahui dan pasti. Kita hukum berdasarkan apa yang nyata.

Kita doakan keampunan dan rahmat Allah untuknya. Adapun tindakan dan perbuatannya, jika ada yang salah, kita serahkan kepada Allah, Dia Yang Maha Mengetahui setiap hambaNya. Setiap hamba ada rahsia yang tersendiri antara dia dan Allah Yang Maha Pengasih, apa yang kita tidak tahu. Ya, perbuatan yang salah kita tidak restui, yang haram tidak akan kita halalkan, namun kedudukan seseorang insan di sisi Tuhannya kita tidak pasti. Seseorang mungkin bertaubat, memohon keampunan, mengadu masalahnya yang tersendiri kepada Allah apa yang kita tidak tahu. Kita bukan penentu syurga dan neraka seseorang. Ya, perbuatan yang salah, tetap salah di sisi syarak. Namun keadaan atau kedudukan setiap pesalah di sisi Allah tidak sama. Mungkin insan yang zahirnya buruk, namun keampunan Allah melimpah untuknya disebabkan perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Mungkin juga seseorang kelihatan baik pada sisi manusia, namun dia keji di sisi Allah. Allah menimbang setiap insan amalan baik dan buruknya. Sesiapa amalan baik melebihi amalan buruknya, maka selamatlah dia. Begitulah sebaliknya. Perbuatan yang salah jangan diulangi. Adapun beliau sudah pun meninggal, kita dilarang mencerca jenazah muslim atau bukan muslim pun hanya kerana maksiat peribadinya. Bahkan kita disuruh mendoakan keampunan Allah untuk setiap saudara muslim, semoga Allah juga mengampuni kita pada hari kita bertemuNya nanti.

Tulisan Asal: ,

3 Respons to “Dr MAZA; Mengenai Yasmin Ahmad”

  1. pakcikli00 said

    Terma kaseh kepada cybertabligh, kerana menyiarkan pandangan Dr Maza, beliau adalah diantara orang yang saya ikiti perkembangan tulisannya. Saya bukanlah pewminat Yasmin dan tidak begitu mengenalinya tetapi saya tetap membela sesiapa yang dicela setelah kematiannya, sekurangnya untuk menjadi nasihat kepada umat islam yang tidah pandai merasa tetapi merasa pandai. terima kaseh wasallam.

  2. si wan said

    😉 nice

  3. nora musa said

    wp sy baru tau semua cerita2 ini dn trperanjat jg tp tdk mustahil kerana smuanya kuasa Allah….. sy hormat karya2 arwah kerana lain drpd yg lain yg melangkaui pemikiran kita..simpati jg dlm hati. smoga rohnya dicucuri rahmat amin…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: