e-Dakwah

Sampaikan… Walaupun satu ayat…

Cerita tentang Mak Nyah…Antara ujian dan pilihan…

Posted by Saiful di 5 Julai 2009

Penulis Asal: Umar Faruqi

Hari ni abah nak mengepek sikit. Tapi isu ringan saja.

Dua malam lepas, abah tonton satu rancangan kendalian Rosyam Noor berjudul Modal Insan. Itu kali pertama abah tengok, dan abah fikir, bagus juga rancangan itu jika topik yang diperbincangkan itu betul, dan bahan perbincangan itu memberi manfaat.

Isu dalam Modal Insan yang abah tonton malam itu ialah Mak Nyah.

Siapa tak kenal mak nyah kan? Abah pasti anda semua tahu, dan mungkin kenal pun beberapa orang mak nyah, sebab abah pun ada juga kenal. Bukan kenal apa pun, kenal sebab mereka itu rakan sekolah abah.

Rosyam menjemput beberapa orang mak nyah untuk diwawancara. Bagus. Sekurang-kurangnya penonton tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran golongan ini. Cuma abah sikit terkilan, kerana bahan perbincangan tidak banyak membantu penonton memahami keadaan sebenar. Mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam hati mak nyah2 ini adalah perlu, tetapi untuk mak nyah2 itu tahu apa yang ada dalam hati orang lain juga adalah perlu.

Ratu MaknyahSebagai seorang manusia, abah sangat simpati pada mak nyah, tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang Muslim, abah tidak boleh terima keadaan mereka itu.

Sebelum abah mengepek lebih panjang, elok abah terangkan dua keadaan. Dan penerangan abah ini adalah dari kaca mata orang biasa. Ada dua kategori manusia semacam ini, kategori pertama, lelaki lembut. Kategori kedua – mak nyah.

Kalau dikira pengalaman abah, lebih ramai dari kategori 1 berbanding kategori 2, dan kalau diseliki asal kategori 2 ini, mereka semua itu pun sebenarnya datang dari kategori 1.

Wujudnya kategori 1, abah tidak mahu ulas, sebab abah fikir, Allah jadikan mereka itu sebegitu. Mungkin sebagai ujian untuk diri mereka, dan ahli keluarga mereka. Atau mungkin juga Allah nak uji masyarakat untuk lihat sejauhmana masyarakat boleh menerima kewujudan golongan ini. Apa yang masyarakat buat, apa yang mereka fikir, dan sebagainya.

Yang abah terkilan adalah mereka yang ada dalam kategori 2. Yang pada abah, mereka ini sememangnya telah diuji Allah, tapi atas sebab-sebab tertentu, mereka MEMILIH untuk masuk kedalam kategori kedua. Masing-masing ada alasan, tetapi pada abah, alasan apa pun yang digunakan, perbuatan itu masih tidak boleh diterima masyarakat Muslim. Sebab Allah sangat nyata telah menerangkan akan hukum lelaki yang menyamai perempuan, dan sebaliknya. Kalau ada mak nyah yang terbaca tulisan abah ini, abah tidak marah kalau mereka kata abah tidak adil dan prejudis. Abah bukan tidak adil, tapi abah fikir, Allah berikan mereka akal untuk berfikir dan kudrat untuk berusaha.

Rosyam Noor kata masyarakat perlu menerima kehadiran mak nyah seadanya dalam masyarakat. Salah tu. Masyarakat tidak boleh menerima kehadiran mak nyah sebagai mak nyah dalam masyarakat. Sebab kalau masyarakat menerima, sama juga macam masyarakat menerima orang-orang yang berbuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah. Masyarakat tidak boleh menerima pencuri, perogol, pembunuh, penzina, peminum arak dan sebagainya, dan masyarakat juga tidak boleh menerima mak nyah.

Yang masyarakat boleh terima, dan perlu terima ialah golongan lelaki lembut. Walaupun lembut, mereka tetap lelaki. Cuma mungkin kecenderungan mereka yang meminati kerja-kerja dan hobi orang perempuan sahaja yang menjadikan mereka lembut. Atau perwatakan mereka yang seperti perempuan itu yang buat mereka lembut. Ini yang masyarakat perlu terima. Biarlah mereka suka memasak, suka menjahit, suka buat kerja2 rumah, kalau dah itu yang mereka nak buat. Asal saja mereka tidak melanggar hukum Allah. Bukan sedikit lelaki2 lembut diluar sana, yang sangat taat pada perintah Allah. Jika boleh dibentuk mereka supaya lebih lelaki, cubalah. Dan jika gagal, kita terimalah mereka seadanya, selagi mana mereka hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati.

Untuk masyarakat diluar sana yang memandang sinis pada lelaki-lelaki lembut, abah kata – hentikanlah. Anda mungkin beruntung tidak diuji Allah semacam mereka, tapi itu bukan lesen untuk anda menghina mereka. Mereka bukan bahan lawak untuk diketawakan. Mereka juga manusia seperti anda, yang punya hak untuk hidup dalam masyarakat seperti anda. Cuma mereka diuji Allah dengan naluri sebegitu. Kita sebagai masyarakat yang jelas lelaki atau perempuan ini, perlu menerima dan membantu mereka sebaik yang kita boleh.Kita cegah mereka dari bertukar menjadi maknyah, yang bukan saja mengundang kemurkaan Allah pada mereka sahaja, sebaliknya pada kita juga sebagai masyarakat.

Untuk golongan sebegini pula, abah cuma boleh katakan – anda diuji Allah. Dan Allah menguji hambaNya sekadar apa yang mampu ditanggung. Abah respek pada anda, kerana anda kuat. Jika tidak kuat, anda tidak akan diuji sebegini. Allah itu juga Maha Adil, Dia tidak menguji anda dengan tidak ada apa-apa. Allah beri anda akal, beri anda kudrat, beri anda harta kekayaan(walaupun tidak semewah orang lain), dan Allah beri anda banyak benda lagi – supaya anda menggunakan segala apa kurniaan Allah itu untuk hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati. Janganlah difikir kenapa anda saja yang diuji, kenapa tidak orang lain. Allah itu Adil, dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Orang lain juga diuji, mungkin sikit, atau mungkin lebih hebat ujiannya dari anda.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kekuatan dalam menghadapi hari-hari yang makin nampak kelam ini. Engkau berilah hidayah dan kekuatan dalam jiwa kami ini, dan Engkau terangkanlah nur iman dalam diri-diri kami yang diuji ini ya Allah. Kami mohon kekuatan untuk membantu insan lain, dan kami juga memohon supaya mereka diberi kekuatan untuk hidup dijalanMu yang lurus ini. Makbulkanlah doa kami ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: