e-Dakwah

Sampaikan… Walaupun satu ayat…

Pinggan Mangkuk FINE BONE CHINA

Posted by Saiful di 14 Ogos 2009

Penulis Asal: BebasHutang

Kepada Semua Saudara Islam, Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan
saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.
Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan ‘bahan’ telarang untuk mengantikan tanah liat. Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti
kelas bahasa Inggeris, dia meminta kami merujuk perkataan ‘bone’ di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud ‘bone china’.

Gambar Hiasan - Fine Bone China

Gambar Hiasan - Salah Satu Hasil Fine Bone China

Menurut beliau, perkataan ‘china’ dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-mangkuk mereka. Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala ‘bone china’ maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti di sini adalah perkataan ‘bone’ itu sendiri yang  membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya. Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan.

Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan Negara yang menjadikan ‘babi’ sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimanapun, pinggan mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih
rumit. Ia biasanya akan dipamerkandi atas rak-rak yang eksklusif.

Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali
menikmati sajian. Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan ‘stamp’ halal. Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Gunakanlah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.

Dikirim dalam Akidah, Ibadah | Di tag: , , | 3 Komen »

Khasiat Kurma, Kismis Dan Madu

Posted by Saiful di 13 Ogos 2009

Sabda Rasulullah s.a.w

Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang akal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang  sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda:

“Buah kurma adalah salahsatu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda:

“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda:

“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda:

“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda:

“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas
dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyihatkan jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah diameminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:

“Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:

“Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:

“Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen »

Pesan Saidina Abu Bakar Berkenaan Harta

Posted by Saiful di 12 Ogos 2009

Penulis Asal: BebasHutang

KATA – KATA HIKMAH KHULAFA’ UR RASYIDIN

Syaidina Abu Bakar As-Siddiq radiaulah huanhu,
berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4
sifat yang membinasakan, iaitu:

• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya.

• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk
kejahatan pula.

• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya
pada jalan yang tidak berguna.

Dikirim dalam Akidah, riwayat | Di tag: , , | 1 Komen »

Beli Sesama Ummah Jual Kepada Semua

Posted by Saiful di 11 Ogos 2009

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia.

1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia.

Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut.PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www.bluemosquefaternity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja.

2) Bagaimanakah kita boleh mengetahui sejauh mana makanan itu suci dan halal?

Tanggungjwab untuk memastikan makanan itu suci dan halal banyaknya dipikul oleh seorang ibu. Sekiranya anak makan makanan tidak halal ibu yang bertanggungjawab terhadap pemakanan anak tersebut. Sebagai contoh nenek saya dahulunya sebelum memasak sayur dibasuh sayur itu dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dahulu.Makanan yang halal dan suci memberi kesan terhadap pembesaran dan kebijaksanaan seseorang. Contohnya anak Malaysia iaitu Muhammad Syahril cemerlang di Amerika Syarikat.

3) Apakah kesan sekiranya makanan yang dimakan tidak halal dan suci?

Kita dapat lihat sekarang pelbagai jenayah melibatkan melayu. Kita boleh lihat sebagai contoh penyakit remaja pada masa sekarang ialah pembuangan anak serta ada juga berita menyiarkan anak VIP gugurkan kandungan. Selain itu remaja Melayu sekarang mudah terikut dengan budaya Barat. Apabila kita lihat remaja ada sesetengah yang menggunakan simbol ’rock’ dengan penggunaan jari.

Sebenarnya simbol itu adalah melambangkan kambing jantan serta simbol syaitan. Bagi remaja ’heavy metal’ simbol bintang sebenarnya adalah simbol Zionis dan sekiranya di jampi dengan jampi Mephisto, iblis akan wujud. Kesinambungan gugur kandungan yang saya perkatakan di atas, terjadinya anak luar nikah ini semua berpunca dari makanan tidak halal dan bersih. Kes murtad juga timbul. Sesungguhnya orang muslim perlulah berdoa supaya rezeki yang di cari itu adalah halal dan suci. Doa orang muslim adalah tiang agama.Apabila makanan yang dimakan itu tidak halal mahupun suci doa kita tidak akan diterima oleh Allah taala.

4)  Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan. Jadi bagaimanakah kita hendak mengetahui makanan itu bersih, suci dan halal?

Memang saya tidak nafikan Malaysia memang kaya dengan makanan. Namun begitu ada pihak yang mengambil kesempatan dalam isu halal ini. Saya sendiri pernah nampak papan tanda  kedai ditulis ’ Pork Free Ditangkung Halal’. Disini kita boleh lihat sewenang- wenangnya mereka memperkotakkatikkan isu halal. Ada juga kedai menggantung ayat Quran supaya pelanggan Islam datang makan ditempat mereka. Terdapat juga isu ayam campur babi yang kami dapat selongkar.

Apabila kita hendak pergi ke tempat makan perlulah melihat tanda halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Selain itu orang Islam juga pelulah menyokong barang buatan orang Islam itu sendiri.Usaha umat Islam penting dalam menitik beratkan makanan yang halal di makan. Firman Allah

”Sesungguhnya Aku tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka merubah nasib mereka sendiri”. Kita perlu membina kekuatan dalaman dengan kesungguhan. Ada 7 cara untuk membina kekuatan dalaman iaitu kesedaran, niat, agenda, perancangan, perlaksanaan, berterusan dan sekarang iaitu apa yang berlaku pada masa sekarang.

5) Apakah cabaran umat Islam sekarang dan apakah nasihat Amirullah dalam mempertahankan hak kita sebagai umat Islam?

Umat islam sekarang menghadapi pelbagai cabaran sejajar dunia globalisasi ini. Cabaran baru umat islam ialah Genetic Modification (GMO) dan GE (genetic engineering) . GMO ini adalah perubahan terhadap genetik haiwan sebagai contoh ayam yang tiada bulu dan ada juga pakar saintis menggunakan teknik GMO dalam pembuatan janin.Teknik genetik ini ada kesan penyalahgunaan kepada makanan. Seterusnya manusia juga menjadi mangsa akibat teknik genetik terhadap makanan.

Kita sebagai pengguna ada 8 cara dalam mempertahankan hak. Hak kepada segala keperluan asas, hak kepada keselamatan diri, kah ke atas segala informasi, hak membuat pemilihan, hak untuk bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam keadaan bersih, sihat dan selamat. Kita sebagai umat Islam perlu pegang kepada ” beli sesama ummah jual kepada semua”. Sekiranya ada pertanyaan dan maklumat lebih lanjut  layarilah www.muslimconsumer.org


Temubual ini dipetik dari www.islamhadhari.net

Dikirim dalam Akidah | Di tag: , , , , , , | Leave a Comment »

Wanita Paling Ramai Masuk Neraka

Posted by Saiful di 10 Ogos 2009

Penulis Asal: Norbaina Alias

MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.

Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”

Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.

Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”

Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Dari Al-Hasan, bahawa ‘Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : “Birafa’ Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)”. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : “Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan : “Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w”.

(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).

Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :

“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”

Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Wallahu’alam

Dikirim dalam Akidah, Ibadah | Di tag: , , , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.